Hi..Assalamualaikum..Selamat datang dan selamat membaca blog saya.. (n_n)v

Saturday, 3 January 2015

Salam Maulidur Rasul dan Selamat Tahun Baru 2015




Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Di kesempatan ini, masih tak terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 

Sebenarnya, saya berfikir panjang dan bermuhasabah diri di hadapan skrin laptop ketika ingin menyusun tutur kata yang ingin disampaikan dalam blog ni.. kerana apa yang disampaikan adalah cerminan pada diri kita sendiri.

Banyak peristiwa suka, duka, gembira, susah dan senang yang di lalui sepanjang 2014. Saya juga ingin sampaikan salam kemaafan pada diri sendiri dan pengikut blog ni kerana sekian lama blog ini sunyi sepi untuk beberapa bulan sejak saya melahirkan anak ke-3 kami pada bulan March tahun lepas. Saya cuma aktif di group FB dan masih tercari-cari semangat dan masa untuk mengaktifkan diri. Teringat kata-kata pakar motivasi, semangat datang dan pergi, tapi kita la sebenarnya yang perlu mengaktifkan motivasi diri sama ada untuk memilih jalan yang sepatutnya. 

Kata kunci,

MOTIVASI dan POSITIF. ALLAH SEGALANYA.. HIDUPKU dan MATIKU kerana ALLAH..
Semuanya bermula dengan NIAT.. NIAT yang berdirinya dari HATI dan TINDAKAN..
InsyaAllah, mudah-mudahan jadi panduan untuk diri dan kita semua.. (n_n)v

Thursday, 20 March 2014

Promosi March 2014






Hi Assalamualaikum semua... (n-n)v

Rasanya da dekat sebulan lebih tak update blog ni. Sebelum tu, minta maaf sesangat pada diri sendiri dan pembaca semua. Sebab macam-macam perkara yang dilalui dalam tempoh tersebut. Al maklumlah da dekat nak due bersalin. InsyaAllah awal bulan 4 ni, tapi ni pun taktau jugak, menunggu masa je ni.. Mood nak menaip dan update kat blog ni merosot sedikit. Tapi terima kasih yang mengikuti di Facebook Page saya di "House of Health". FB page saya tu sentiasa up to date. Tapi walau macam mana pun, Shaklee tetap di hatiku.. hehehe.. :)

Kebetulan promosi bulan ni tersangatlah ke de ba booommm... ESP.. Ohh.. ESP..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...