Hi..Assalamualaikum..Selamat datang dan selamat membaca blog saya.. (n_n)v

Sunday 4 January 2015

Promosi Shaklee Januari 2015


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2014 telah melabuhkan tirai dan 2015 telah menjelma dengan pelbagai kejutan. Berikut adalah promosi berganda bulan Januari 2015. Sila sedia maklum, promosi ini hanya sah untuk bulan Januari 2015 sahaja.




"Retail Price" produk promosi bulan ini.....

Saturday 3 January 2015

Salam Maulidur Rasul dan Selamat Tahun Baru 2015




Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Di kesempatan ini, masih tak terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 

Sebenarnya, saya berfikir panjang dan bermuhasabah diri di hadapan skrin laptop ketika ingin menyusun tutur kata yang ingin disampaikan dalam blog ni.. kerana apa yang disampaikan adalah cerminan pada diri kita sendiri.

Banyak peristiwa suka, duka, gembira, susah dan senang yang di lalui sepanjang 2014. Saya juga ingin sampaikan salam kemaafan pada diri sendiri dan pengikut blog ni kerana sekian lama blog ini sunyi sepi untuk beberapa bulan sejak saya melahirkan anak ke-3 kami pada bulan March tahun lepas. Saya cuma aktif di group FB dan masih tercari-cari semangat dan masa untuk mengaktifkan diri. Teringat kata-kata pakar motivasi, semangat datang dan pergi, tapi kita la sebenarnya yang perlu mengaktifkan motivasi diri sama ada untuk memilih jalan yang sepatutnya. 

Kata kunci,

MOTIVASI dan POSITIF. ALLAH SEGALANYA.. HIDUPKU dan MATIKU kerana ALLAH..
Semuanya bermula dengan NIAT.. NIAT yang berdirinya dari HATI dan TINDAKAN..
InsyaAllah, mudah-mudahan jadi panduan untuk diri dan kita semua.. (n_n)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...