Hi..Assalamualaikum..Selamat datang dan selamat membaca blog saya.. (n_n)v

Saturday, 3 January 2015

Salam Maulidur Rasul dan Selamat Tahun Baru 2015




Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Di kesempatan ini, masih tak terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 

Sebenarnya, saya berfikir panjang dan bermuhasabah diri di hadapan skrin laptop ketika ingin menyusun tutur kata yang ingin disampaikan dalam blog ni.. kerana apa yang disampaikan adalah cerminan pada diri kita sendiri.

Banyak peristiwa suka, duka, gembira, susah dan senang yang di lalui sepanjang 2014. Saya juga ingin sampaikan salam kemaafan pada diri sendiri dan pengikut blog ni kerana sekian lama blog ini sunyi sepi untuk beberapa bulan sejak saya melahirkan anak ke-3 kami pada bulan March tahun lepas. Saya cuma aktif di group FB dan masih tercari-cari semangat dan masa untuk mengaktifkan diri. Teringat kata-kata pakar motivasi, semangat datang dan pergi, tapi kita la sebenarnya yang perlu mengaktifkan motivasi diri sama ada untuk memilih jalan yang sepatutnya. 

Kata kunci,

MOTIVASI dan POSITIF. ALLAH SEGALANYA.. HIDUPKU dan MATIKU kerana ALLAH..
Semuanya bermula dengan NIAT.. NIAT yang berdirinya dari HATI dan TINDAKAN..
InsyaAllah, mudah-mudahan jadi panduan untuk diri dan kita semua.. (n_n)v

Pada tahun baru ni, saya akan buat yang terbaik dalam perkongsian ilmu dengan pengalaman dan apa yang saya pelajari. Mungkin juga ada sedikit perubahan dan update dalam blog ni yang perlu dilakukan untuk penambah-baikan agar ia "friendly-user" dan tidak "rigid" kepada produk semata-mata tapi perkongsian dengan ikhlas.

Saya mengharapkan sokongan dan maklum balas membina dari rakan-rakan dan pembaca.

"Lombong emas dalam diri kita adalah fikiran kita. Kita dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puasnya yang kita inginkan. Tetapi alangkah indahnya lombong emas yang ingin kita gali dengan iman kerana ia mengingatkan kita siapa kita dan apa halatuju hidup ini. Jadikan sunnah Nabi sebagai pimpinan hidup dan Al-Quran sebagai panduan."

Wallahu'alam. Akhir kata, Salam Maulidur Rasul dan Selamat Tahun Baru 2015. Moga tahun mendatang ini lebih baik dari yang lepas-lepas. InsyaAllah.. (n_n)v

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...