Produk Shaklee - Halal
Hari ini saya ingin menyentuh tentang status Halal produk keluaran Shaklee disebabkan ramai yang bertanyakan hal ini. Jadi adalah lebih baik saya jelaskan agar tiada kekeliruan yang timbul kelak.
Soalan yang selalu di ajukan ;
- Halal ke produk supplemen Shaklee ni untuk di ambil?
- Siapa yang keluarkan sijil Halal produk Shaklee?
- Kenapa tiada logo Halal Jakim di produk keluaran Shaklee?
- Shaklee ni tersenarai tak dalam pantauan Jakim?
- Kenapa tak jumpa produk keluaran Shaklee ni di website Jakim?
- Tiada unsur-unsur dan bahan dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak.
- Bukanlah mengandungi makanan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
- Tidak mengandungi bahan yang dihukum najis mengikut hukum syarak.
- Cara penyediaan yang bersih dan perkakas/peralatan yang bebas najis mengikut hukum syarak.
- Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi hukum syarak.
- Produk keluaran Shaklee adalah berpusat di Amerika, maka demikian tiada logo Halal Malaysia padanya.
- Produk Shaklee disahkan Halal oleh Islamic Services of America. (Sila rujuk info Halal di laman ini)
- Islamic Services of America di iktiraf oleh Jakim Malaysia sebagai badan Islam yang diiktiraf.
Untuk pengesahan, saya sediakan pautan ke laman sesawang Jakim iaitu ;
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf
Jadi, segala persoalan sudah terjawab dan gunakanlah produk Shaklee ini dengan yakin tanpa rasa was-was. Kita berikhtiar dan berusaha di iringi dengan doa kepada Allah. Kesembuhan itu hak milik dan atas izin Allah.
Wallahua'lam. (n_n)v
No comments:
Post a Comment