Hi..Assalamualaikum..Selamat datang dan selamat membaca blog saya.. (n_n)v

Friday, 24 January 2014

Fakta Kesan Vitamin & Mineral Untuk Kesihatan Badan


  1. Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran Vitamin E.
  2. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang mudah diserap oleh badan.
  3. Vitamin C berinteraksi dengan antioksida lain terutama Vitamin E, selenium dan beta karotena.
  4. Vitamin C juga membantu penyerapan kromium yang berperanan mengendalikan kadar metabolisme insolin dalam tubuh agar kadar gula dalam darah seimbang.
  5. Vitamin D berfungsi secara sinergatik dengan Vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang.
  6. Vitamin D adalah agen meningkatkan penyerapan kalsium.
  7. Vitamin K berfungsi secara sinergistik dengan Vitamin D dan kalsium untuk meningkatkan kekuatan tulang.
  8. Zat besi adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dengan kehadiran Vitamin C.
  9. Magnesium adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dalam kehadiran boron.
  10. Boron menukarkan Vitamin D kepada bentuk yang lebih boleh digunakan, dan juga mempengaruhi kesan magnesium dan kalisum dalam mengoptimumkan metabolisme tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang.
  11. Copper lebih optimum dengan kehadiran Vitamin B6.
  12. Zink membantu penyerapan mangan. Zink juga memainkan peranan dalam fungsi metabolisme dan imun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...